Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Ihsan Biro Wanita Perumahan Kampung Rimba
GADONG, Selasa, 17 Februari. – Sebagai usaha meneruskan tradisi kemasyarakatan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung, para penduduk yang terdiri daripada ahli keluarga dan jiran-jiran sekampung Simpang 48-3, Jalan 99, Perumahan Kampung Rimba, Gadong, baru-baru ini menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Arwah, yang diadakan buat kali ke-12 pada tahun ini.
Majlis yang berlangsung pada baru-baru ini turut dihadiri oleh Ketua Kampung Kawasan 5, Awang Haji Badruzaman bin Haji Norzaman selaku tetamu kehormat majlis.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Tahlil dan Doa Arwah, Awang Haji Mat Salleh bin Ibrahim.
Bacaan tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Awang Haji Hassan bin Haji Kamis bagi memohon kesejahteraan bagi ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.
Majlis tahunan berkenaan diharap akan terus menjadi wadah memperkukuh perpaduan dan semangat kejiranan, di samping memupuk budaya saling mengambil berat dalam kalangan penduduk setempat.